Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 30 March 2011

Genap 8 Tahun Abah Pergi....


AL-FATIHAH

29/12/2010 genaplah 8tahun abah pergi meninggalkan aku sekeluarga...tapi aku rasa macam abah sentiasa berada di sisiku...kadang-kadang terdengar bunyi kereta yang memijak besi longkak di garaf kereta..sedangkan itu mungkin ayam ke kucing ke budak-budak main basikal ke yang memijak besi longkak tu....Masa abah masih ada..setiap kali besi longkak itu bunyi aku pasti akan membuka pintu dan menunggu abah keluar dari kereta..huhu..dapat coklat kadang-kadang...abah kadang-kadang beli coklat untuk aku dan adik aku...aku selalu berebut dengan adik..hmmm...tapi semua tu dah jadi kenangan abadi yang tak dapat aku lupakan...

Setiap kali abah sakit...abah selalu memanggil nama ku Nurul....Nurul....Nurul...tapi apakah daya ku..hanya mampu melihat saja...tetapi akan pernah melakukan kesilapan semasa abah masuk hospital...aku tidak pernah menjenguk setiap kali abah masuk hospital...kenapa masa tu aku bersikap begitu...aku pun tak paham....setiap kali abah keluar dari hospital..abah merajuk denganku sebab aku tidak menjenguknya di hospital...aku hanya mampu berdiam diri sehingga abah menegurku seperti biasa.....kadang-kadang aku ingin memutarkan kembali saat tersebut agar aku tidak melakukan kesilapan itu....

Abah sangat sayangkan aku....aku teringat lagi semasa aku darjah 2...gara-gara nak cari buku yang banyak garisan untuk subjek tulisan berangkai untuk digunakan keesokkan harinya...masa itu jam dah nak dekat pukul 9 lebih...aku menangis yang aku lupa nak beli buku tersebut..oleh itu abah mengajak ku untuk beli buku dekat runcit....dan aku berkata pada abah...kawanku membeli buku tu kan berdekatan dengan rumahnya...walhal rumah kawan jauh dari rumah ku.....tetapi kerana aku yang nak jugak membeli di kedai tu...abah pun pergi tanpa memarahi atau mengeluh...sejurus sampai di sana kedai sudah tutup...alangkah patahnya hatiku..kedai itu tutup...aku hanya mampu menuduk kepala kerana takut di marahi...tapi abah pergi mencari di kedai lain...akhirnya ku dapat buku tapi tidak sama dengan kawan ku....dan banyak kenangan manis yang tidak akan ke lupakan....

Abah sebenarnya garang orangnya.....abangku pernah kena marah, kena pukul sama juga dengan adik ku...sehingga abang n adik ku menjadi takut dengan abah...dan mereka kurang selesa dengan abah...tetapi abah dengan aku..abah lain..abah jarang memarahi aku dan memukul ku kalu aku degil...kalu aku gaduh dengan adik aku...yang hakikatnya aku yang salah...abah tetap membelaku dan akan memarahiku...kadang-kadang aku rasa sungguh bertuah dan bangga sebab abah sangat sayang kat aku berbanding abang dan adikku....kesian diorang...hehhe...abang dan adikku jangan cemburu....sebab ma sayang korang berdua dari diriku ini....tapi semua tu dah jadi sejarah dahhh....tidak akan berulang lagi..cuma akan tetap menjadi memori yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila...

Aku teringat lagi masa aku form1 n form2 abah yang akan menghantar ke sekolah...masa form 1 abah akan memegang tangan ku dan melintas jalan sehingga depan pintu pagar..katanya berbahaya melintas jalan kalu seorang....setelah itu masa form 2 abah menghantarku sehingga ke dalam pagar sekolah...sampai pak guard sekolah marah kat abah sebab masuk kawasan sekolah..katanya mengganggu cikgu nak masuk...tapi abah tetap berdegil dan masuk jugak...sehingga aku jadi takut dengan pak guard...heheheh....tapi masa form 3 untill form 5 aku naik bas je...tak ada orang hantar aku ke sekolah melainkan tumpang sepupuku....tetiba sedih je rasa....apa nak buat dah ujian tuhan nak bagi...kena terima dengan sebaik-baiknya.....

Aku masih ingat lagi...masa aku tengok abah setelah selesai operation kat HUSM....takut sangat dengan kepala berdarah...........tapi aku tidak puas hati aku dapat tengok abah dalam keadaan stabil hanya 5 minit...sebab orang yang datang melawat nak tengok abahku....sungguh pilu hatiku...setelah itu mak aku menyuruhku pulang sebab tidak ada orang di rumah...aku duduk di rumah bersama-sama dengan sepupuku...keesokkan arinya mak ku berkata yang abah dah OK....dah mak ku menyuruhku membuka kedai itu mencari duit...setibanya aku membuka kedai...aku menerima panggilan telefon dari ibuku yang menyatakan abahku telah pergi meninggalkanku untuk selamanya....pada masa itu...aku cuma menangis di dalam hati...dan merasakan otakku kosong....setelah abah siap di mandikan dan di kafankan...aku diminta mencium abah....tetapi ibuku memesan jangan menangis...oleh itu aku pun mengesat airmataku....aku mencuim abah sehingga menahan airmata...setelah selesai...aku masuk ke dalam bilik dan menangis sekuat-kuatnya...di saat itulah aku merasakan dunia aku gelap.....

Ini kisah dapat ku ceritakan...kerana tidak mampu nak tahan lagi ari mata yang mengalir......

NORDIN MD ALIM
20/10/1949 - 29/12/2002

No comments:

Post a Comment